Entry: selepas sakit lama... Mar 1, 2016



Hampir 16 bulan saya tak sihat... on-off... sekejap sihat, lamanya sakit. Adanya masanya menanggung sakit setiap saat, hampir 24 jam. Malam pula, rasa sakit itu membuat saya tak boleh tidur, dan hampir-hampir subuh barulah mata terlelap. Tapi syukur juga, begitu pun mata ini terbuka juga sebelum matahari naik, jadi dapatlah juga menunaikan solat subuh. Kadang-kadang, ketika sakit itu mencapai puncak, saya hanya terbaring atas katil saja untuk beberapa hari. Jadi vegetable. Mujurlah Allah kurniakan saya seorang isteri yang baik, yang menjaga saya dengan baik tanpa buat muka masam. Tak sedikit lelaki yang ditinggalkan isteri ketika sakit, seperti seorang lelaki lumpuh yang saya jumpa di hospital. Dia yang bekerja sendiri ditinggalkan isteri setelah dia lumpuh. Dan saya sedih ketika mendengar cerita dia. Sepanjang sakit tu, kalau boleh berjalan pun acap kali saya terpaksa guna tongkat ketiak. Semuanya selepas saya kena denggi, dan ada beberapa teori doktor dan perawat alternatif tentang sakit saya itu. Tapi majoriti berpendapat, virus denggi tu meninggalkan kesan yang buruk pada saya, menyerang hampir semua organ dalaman saya, daripada jantung sampai usus. Dan melemahkan sistem imunisasi saya. Saya berubat secara moden, yakni hospital dan juga mencuba perubatan alternatif. Alhamdulillah, sekarang ni dah boleh berjalan, bawa kereta dan kembali ke ofis walau tidaklah sihat seratus peratus lagi. Malah saya rasa separuh daripada ketika saya sihat dulu pun belum. Selepas sakit, pandangan saya tentang hidup berubah. Saya rasa sekarang saya lebih menghargai setiap saat yang masih Allah berikan pada saya. Kalau dulu, saya ambil for granted saja masa, sekarang tidak lagi. Saya mahu memanfaatkan sepenuhnya setiap saat yang berbaki. Dan saya juga mahu kembali menulis blog, seperti dulu...

   6 comments

Hani
April 20, 2016   03:47 PM PDT
 
Lamanya menunggu untuk membaca di blog ini..akhirnya!!
Semoga cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk kembali menulis...
Azhari
March 3, 2016   02:46 PM PST
 
Saya betul betul tak sangka Imaen sakit. Semoga Allah memberikan kesembuhan pada Imaen. Kadang kala sakit ini lebih sebagai ujian pada orang yang "gedebe".

Semoga Sihat dan Suksess selalu.
imaen
March 2, 2016   11:04 PM PST
 
calcera... terima kasih

kak rosilawati... amin.

yara's story... moga Allah memberi kesembuhan total. amin.
Calcalera
March 2, 2016   04:17 PM PST
 
Semoga Allah swt berikan kesembuhan. Semoga sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah swt..
Rosilawati Osman
March 2, 2016   08:25 AM PST
 
Maknanya Allah sayang tu. Moga sembuh sepenuhnya. Amin
Yara's Story
March 2, 2016   01:00 AM PST
 
Saya boleh faham kerana saya sakit hampir 10 tahun, pada pandangan orang akan fikir saya sihat (Alhamdulillah, itu yang terbaik). Saya juga tidak boleh melelapkan mata pada waktu malam hanya bila hampir waktu subuh baru kantuk mata menjengah... Alhamdulillah saya akan tahankan rasa hingga selesai solat subuh dan duha baru tidur... Tapi Ya ALLAH amat Pena sekali badan ini bila tidur tidak pada waktunya. Dan saya berpantang makan selama 5 tahun dan 5tahunlah saya menjadi vegetarian.. Apa yang saya mampu hanya berusaha berubat kaedah moden/tradisional dan berdoa pada-NYA, sakit itu dari-NYA dan kesembuhan itu juga dari-NYA. Yang penting redha dengan ketentuan-NYA jangan kecewa jangan berputus asa serta yakin pada-NYA. Jangan pernah menyesal dengan segala yang ditakdirkan kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat diri saya dan saya bersyukur kerana dengan sakit ini banyak menyedarkan saya erti kehidupan, kesabaran, dan paling utama lebih mendekatkan diri sya pada-NYA... Dengan diri saya yang tidak mempunyai pekerjaan, tiada punca pendaptan, saya hilang kawan, saya hilang tunang... tetapi Alhamdulillah ALLAH anugerahkan saya dengan ibubapa dan adik-beradik yang amat baik dan memahami diri saya dan mereka menjaga kebajikan diri saya dengan amat baik sekali. Alhamdulillah dengan nikmat dan rezeki-NYA ini... (Sekadar sebuah perkongsian bukan kerana penyesalan atau kecewa)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments