Entry: DUNIA MAYA: PROJEK JUTAWAN Oct 5, 2011



 

DUNIA MAYA: PROJEK JUTAWAN

Penulis       :  Nazwa Rafaie

Terbitan     : JS Adiwarna (Siri Kreatif)

ISBN            :  978-967-0201-19-1

Harga          :  RM14.00 (Semenanjung Malaysia)

                         RM16.00 (Sabah/Sarawak)

                         Pesanan online diskaun 20 peratus

 

 

Hampir semua blog rakan-rakan dia jenguk. Masing-masing sibuk bercerita tentang kehidupan sendiri. Menjadikan blog sebagai diari. Maya rasa kurang selesa pula begitu. Semua orang boleh baca cerita tentang dirinya. Dia tidak berminat mahu menjadikan blognya sebagai tempat

untuk dia berkongsi rahsia peribadi dan kehidupan seharian.

~ Dunia Maya: Projek Jutawan; muka surat 21.

 

Sekarang ini, ramai orang berbincang tentang baik buruk Internet dan laman sosial, baik perbincangan orang bijak pandai di media massa, mahupun perbincangan orang mahu tunjuk pandai ketika membuang masa di kopitiam atau di restoran mamak.

Ada kajian menunjukkan kegilaan terhadap Facebook menyebabkan ramai orang dewasa kembali jadi seperti kanak-kanak kerana apa yang dibuat, mereka mahukan perhatian. Berada di mana, dengan siapa. Apa yang dilihat semuanya mahu dihebohkan. Dalam keghairahan itu apa lagi rahsia? Semua ujian Allah hendak diceritakan pada rakan-rakan Facebook, "...hidup saya sekarang seperti kapal yang sarat dengan muatan yang bila-bila masa boleh karam, hanya kekuatan daripada Allah yang membuat saya mengharunginya..." lalu rakan-rakan pun masuklah memuji ketabahannya menghadapi ujian hidup dan memuji betapa tinggi falsafah yang ditulisnya.

Dalam keghairahan meluahkan segala-gala dalam Facebook dan blog itulah saya melihat kekuatan kritikan sosial dalam Dunia Maya: Projek Jutawan. Maya hanya seorang pelajar tingkatan empat yang biasa-biasa saja, daripada keluarga biasa-biasa saja juga. Ibunya terpaksa menghantar kuih untuk dijual di kantin sekolah untuk menampung perbelanjaan keluarga. Hingga Maya pun digelar kawan-kawan sekolah sebagai 'minah kuih'.

Satu hari kerana ramai kawan sekolah gila menggunakan blog dan Facebook, Maya pun ikut membukanya. Tapi Maya tidak mahu menjadikan blog dan Facebook sebagai diari mencurahkan perasaan dan masalah yang melanda. Dia sebaliknya bijak menggunakan Internet sebagai medium untuk berniaga. Mula-mula usaha itu diketawakan ramai, tapi Maya tetap tabah dan sabar. Akhirnya perniagaan itu semakin berkembang.

Seperti biasa, apabila dia mula maju, mereka yang mentertawakannya dulu merasa dengki padanya. Mereka memfitnahnya di alam maya dengan mengatakan kuih-kuihnya ada lipas dan macam-macam lagi. Tapi Maya dengan pertolongan rakan-rakan yang bijak IT berjaya membuktikan tuduhan buruk itu hanya satu fitnah.

Akhirnya perniagaan kuih Maya berjaya hingga pihak pasar raya terkemuka juga menempah kuih beku daripadanya.

Saya rasa, penulis mahu menyampaikan bahawa kalau seorang pelajar tingkatan empat seperti Maya pun tahu bahawa laman sosial itu bukan sebuah diari, tentulah orang yang berpendidikan tinggi, yang punya ijazah, sarjana dan doktor falsafah sepatutnya lebih maklum perkara ini.

Syabas untuk penulis muda, Nurul Rafaie, penulis muda dari Bintulu, Sarawak yang masih belajar di UniSZA ini. Tak banyak buku remaja yang mempunyai pemikiran dan kritikan sosial seperti ini. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh para pembaca dalam lingkungan umur 12 hingga 18 tahun.

Tapi kalau saya yang dewasa pun boleh membacanya, mengapa anda yang seumur dengan saya tidak boleh membacanya?

 

.

   9 comments

HusnaHumairah
January 6, 2013   10:17 PM PST
 
JS sangat beruntung dapat penulis-penulis yang sangat berbakat. Saya nak jadi seperti kalian. Saya nak jadi penulis JS. Tolong bagi tips utk saya. Singgah blog saya ye? :')
timberland 2012
September 13, 2012   04:38 AM PDT
 
Those are super cute. I like you on Facebook.,529919,http://imaen.blogdrive.com/archive/172.html
chaussure pas cher nike
April 20, 2012   11:24 AM PDT
 
If you wish to be the best man, you must suffer the bitterest of the bitter.,565472,http://imaen.blogdrive.com/archive/172.html
Name
April 1, 2012   09:59 PM PDT
 
suka2,
boleh saja kalau nak hantar ke Jemari Seni. Tapi bukan saya yang akan edit.
Sebab saya sekarang dengan JS Adiwarna dan bos saya di Adiwarna ialah Kaksu :)
Suka2
March 23, 2012   10:53 PM PDT
 
Kawan saya nak mencuba hantar manuskripnya kepada JS, bolehkah? kalau boleh bagaimana caranya Encik Imaen? Terima kasih. :)
Rin
November 13, 2011   06:05 PM PST
 
bagi saya, mana2 pun okay.saya tak ada masalah sangat dgn facebook ni.asalkan bukan hal jenayah okay dah kot.lagipun citarasa manusia lain-lain.kalau semua orang fikir yang sama di mana indahnya dunia.kalau semua orang tak mahu update info semata-mata memang bosan facebook jadinya baik baca wikipedia.jadi biarlah kalau manusia berbeza citarasa, pendapat dan prinsip.facebook bagus dari segi dapat berita tentang kelahiran (boleh beri hadiah), orang sakit (boleh ziarah) dan kematian (boleh ziarah atau sedekah al-fatihah).kalau tak setuju dengan pendapat saya pun tak apa.
Lovegra
November 11, 2011   09:24 AM PST
 

Hi,
Thanks for sharing this helpful information.your blog is really helpful to me.Again thanks for this great information.Keep posting....
imaen
October 10, 2011   09:11 PM PDT
 
zeehan,
peringatan untuk saya tu, supaya jangan lagi buka fb imaen pengarang :D
zeehan
October 10, 2011   06:19 PM PDT
 
kena sebijik tepat kat batang hidung...saudara imaen

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments