Entry: Petikan daripada novel kanak-kanak - Volum 1: (Budak) Lelaki vs Liar Oct 2, 2011



 

Supppp! Lembing meluncur menuju ke sasaran. Ikan kelah itu terlekat di hujung mata lembing. Budail masuk ke dalam air dan capai lembing itu. Dia cabut ikan yang tinggal nyawa-nyawa ikan dan campak ke atas batu.

Dia kembali mengintai ikan dalam sungai. Mana cukup seekor saja. Kurang-kurang nak kena seekor sorang. Tapi kalau dia nak lebih pun dia boleh dapat sebenarnya. Sungai ini begitu banyak ikan. Tentu tempat ini belum dikunjungi manusia lagi. Kalau tak tentu dah habis semua ikan kelah di sini diangkut orang.

Sekejap saja Budail dapat dua ekor lagi ikan kelah. Sekarang dia mahu tangkap udang pula. Dia nampak banyak udang bermain di celah-celah batu. Budail turun ke dalam air dan dengan menggunakan kedua-dua telapak tangannya dia tahan aliran air dari celah batu itu. Dia mahu tangkap udang-udang yang membiarkan tubuh jernihnya ikut aliran air yang deras.

Seekor, dua ekor... berekor-ekor udang dapat Budail tangkap dengan cara begitu. Setelah dia kira seorang dapat 10 ekor udang dia berhenti. Dia siang dan bersihkan ikan kelah tu. Sayang tak ada garam dan kunyit, kalau tak tentu lebih sedap. Kemudian dia buka bajunya dan letak ikan dan udang itu atas bajunya untuk dibawa ke tempat memanggang.

Setengah jam kemudian, ikan kelah itu telah masak. Mereka letak udang pula dan tak sampai dua minit udang yang berwarna putih itu bertukar merah. Masing-masing letak bahagian masing-masing atas daun pisang hutan yang mereka jadikan pinggan.

Dawid baca doa makan dan... apa lagi. Makanlah!

   2 comments

chaussure air max
May 30, 2012   08:01 PM PDT
 
Thanks for this information. This is very eye-opening. It seems as though Slenda is not so splendid!,759503,http://imaen.blogdrive.com/archive/171.html
Louis Vuitton Stores
April 10, 2012   10:32 PM PDT
 
Love those! I enjoy following your posts on facebook and rss!,770697,http://imaen.blogdrive.com/archive/171.html

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments