Entry: Menutup Facebook Sep 19, 2011



Hari ini,  jam 1.21 petang tadi, saya deactivated Facebook Imaen Pengarang. Tak tahulah untuk berapa lama, harapnya untuk selamanya. Saya tak sedih meninggalkan Facebook, sebaliknya saya rasa 'gembira' dan 'terlepas beban' kerana saya berjaya menutupnya. Saya bukan keseorangan dalam dunia ini yang menutup akaun Facebook mereka. Di Britain tahun lepas seramai 100000 orang dilaporkan mengucapkan selamat tinggal pada Facebook. Di Malaysia tak tahulah, setakat ini saya tak terdengar ada sebarang angka diumumkan. Apakah ini kerana di negara kita ini orang lebih suka buat kaji selidik parti mana yang akan menang pilihanraya dan tak rasa penting untuk buat kaji selidik benda-benda lain. Sekali pun itu petunjuk sosial.

Sebenarnya sudah beberapa bulan saya menimbangkan untuk menutupnya, atas beberapa faktor yang relevan hanya untuk saya. Bukan kerana Facebook ini ada orang kata ciptaan dan alat Yahudi. Bukan kerana ia tak bagus, ia ada bagusnya. Ia boleh dijadikan alat silaturahim, alat dakwah, alat penyebaran ilmu dan bagi penulis yang nak mempopularkan penulisan (dan dirinya) ia amat berguna. Dia boleh add seramai-ramai kawan dan mula mempromosikan karyanya.

Tapi Facebook ini tak bagus untuk saya kerana saya manusia yang lemah. Saya ini seperti kisah sekumpulan manusia pada satu zaman dulu yang diceritakan oleh Imam Ghazali dalam Minhajul Abidin, kalau tak silap saya. Mereka ini melarikan diri ke Bukit Lebonon, jauh daripada masyarakat. Apabila seorang alim memanggil mereka untuk turun berjuang dalam masyarakat, mereka menjawab, "Kami manusia yang lemah, kami perlu beruzlah." Maka orang alim itu melepaskan mereka. Begitulah saya. Serahkan saja tugas berdakwah di Facebook kepada orang lain, saya tak mampu melawan sisi gelap Facebook.

Melalui Facebook, saya skondeng wall orang lain, cuba tengok apa yang mereka buat. Saya tengok siapa yang 'like' atau komen di status orang lain. Saya cari fasal dengan orang, berdebat di wall orang. Saya merasa bangga apabila status saya ada 100 orang 'like'. Saya berasa seronok apabila ramai orang  komen status saya. (Di blog pun orang komen juga, tapi tak semeriah di facebook)  Saya merasa hebat menulis status yang ada nilai falsafah, terasa diri bijak.

Di Facebook, saya terlupa sebab musabah mengapa saya yang tak gembira sangat menulis ini memilih untuk menulis dulu. Dengan Facebook, saya keluar daripada kepompong, cuba jadi rama-rama yang berterbangan. Tapi rupa-rupanya sayap saya kecil dan nipis, saya tak mampu menahan kuat bedal angin. Saya juga sedar saya di sini pun sementara saja. Kerana itu saya memutuskan untuk kembali ke dalam kepompong saya. Saya mahu menjahit rapat-rapat kepompong saya selepas ini. Biarlah nanti yang terhasil hanya benang-benang sutera (semoga dapat saya jadikan kain menutup aib saya di padang mashyar nanti. Ameen!).

Meninggalkan Facebook, untuk orang-orang lemah seperti saya, barangkali satu cara beruzlah pada zaman moden ini.

 

   19 comments

air jordan retro
May 17, 2012   04:12 PM PDT
 
I love your blog very much, more more info, I will concern it again!,987219,http://imaen.blogdrive.com/archive/169.html
Cja
April 11, 2012   12:26 AM PDT
 
No wonderlah dah xda perkembangan en imaen kat fb..so kena follow blog en imaenlah..saya pun bukan seorang penulis yang baik hanya seorang pembaca..kadang2 berlainan fikiran tetapi bagus juga kita mengenal pemikiran orang lain..boleh membuatkan kita berfikir dan menyedarkan kita tentang sesuatu...fb saya pun hanya old friends dr zaman skolah hingga univ . shj.... sesekali shj log in..kdg2 2-3 bulan xbuka asyik dpat notification pending sj
abbysyidah
March 16, 2012   02:13 PM PDT
 
saya tidak pandai menulis..tp sy suka membaca..kadang2 kdalam kehidupan ini kita perlu mengikut arus...sy tak rasa FB semuanya buruk..ada yg baik dan buruk..kita yang menentukannya..sy pun on sblm pkl 8..sblm masuk kerja utk bc dlm 1 atau 2 minit..dan tutup..add kwn2 yg kenal shj..lunch time atau after 5 baru jenguk semula..menyampaikan maklumat yg baik kepada kwn2 baik..kemudian tutup..titik...sekadar pendpat ..my 2 cents..
Packy
March 11, 2012   04:37 PM PDT
 
Saya mohon share sisi negatif fesbuk ni. Saya kadang2 terfikir jugak, namun masih belum kuat untuk menutupnya...

'Pemabaca Setia' karya Imaen dan Noor Suraya.
nina17
January 22, 2012   12:38 AM PST
 
terima kasih saudara imaen kerana memberikn saya perspective yg berbeda..byk benarnya
zar
December 6, 2011   02:46 PM PST
 
saya juga berfikir seperti sdr.. ramai mendesak saya membuat akaun fb, dengan hujah, susah untuk menghubungi saya, saya kata, hubungi hp saya..
kawan-kawan nak tahu cerita sya, saya kata ayuh kita berjumpa..

susah nak kongsi maklumat-kata kawan sekuliah saya. saya kata, saya dapat update dari lecturer juga. walaupun lambat, saya tetap dapat selesaikan semua tugasan.
ilmu pada awak tak disebarkan-saya kata, saya hebahkan dgn cara lain. saya da blog, saya jumpa orang, saya sampaikan.
mereka kata saya kuno, saya takut dengan cabaran sekarang,
hakikatnya, saya jugalah yang tahu saya kuat atau tak, saya tak mahu menjadi 'tikus putih' untuk perkara yang terang-terangan adalah virus kehidupan untuk mereka yang lemah imuniti macam saya.


apa pun saya MASIH hidup tanpa fb.
Cik Tulip II
November 1, 2011   11:38 PM PDT
 
menanti keluaran terbaru dari penulis... ^^
fuza mn
October 29, 2011   09:35 PM PDT
 
assalaam, en. imaen
bru perasan ur fb da xde bila nk bgtau just finished reading bohemian yg beli last pesta buku selangor. sgt suka. :>

tdi pergi ekspo buku islam kt kl sentral beli labyrinth smbil mntak staff js recommend buku yg ade mirip2 penulisan imaen. ngeee...

AJ Nismihan
October 6, 2011   02:43 PM PDT
 
Alhamdulillah.
Ya, lain orang, lain pandangannya. Dan walaupun pandangan kita tak sama untuk satu keputusan yang sama, saya menghargai yang hidup ini berbagai-bagai.

Tahniah untuk satu anjakan diri.
Dan sisi menulis anda masih boleh menerobos sudut yang lebih indah dari sisi facebook; jadi terus-terusanlah menulis di sini mahupun di laman karya kamu.

Di doakan saya pada anda, semoga di rahmati Allah.

Cara kita berbeda, tapi jalan kita satu, insya'Allah semua di lindungi Allah s.w.t.


Ameen

*senyum*
Rin
September 25, 2011   09:18 PM PDT
 
owhh, jadi betul-betul tutup..

okay, saya harap boleh tulis buku lebih kerap lagi.
aliz
September 24, 2011   03:42 PM PDT
 
Mungkin sebab itu juga seorang rakan saya tidak membuka akaun fb.. tapi bg saya, inilah tempat berinteraksi dengan kawan2 lama yg jauh secara serentak. Terima kasih kerana secara tidak langsung mengingatkan diri saya sendiri untuk berfikir berkali-kali sebelum post, like atau attach apa2 di wall fb.. Imaen jgn tutup blog pula, sekurang-kurangnya ada juga tulisan dr Imaen yg boleh dibaca.. sebab semua buku Imaen di JS sy dah beli. :)
mazurita
September 23, 2011   09:29 AM PDT
 
*pembeli setia
mazurita
September 23, 2011   09:28 AM PDT
 
Saya masih ok....sebab saya membeli setia buku keluaran JS....
Saya membuka akaun FB pun sebab saya suka dengar ceramah ustaz Ahmad Kazim....
Saya tidak pandai menulis...jadi saya kena membaca...
spectacularwave
September 22, 2011   01:46 PM PDT
 
Saudara Imaen,

Wall, status dan komen-komen orang lain sememangnya tak salah untuk dibaca. Kalau mereka tak mahu orang lain baca, tentu sudah di 'hide' kan.

Walaupun sayap rama-rama nipis, tapi rama-rama juga boleh melalui proses mutasi untuk sesuaikan dirinya dengan persekitaran yang sentiasa berubah.

What does not kill you, makes you stronger. :)
Nurul
September 22, 2011   12:57 AM PDT
 
^_^
Ros
September 21, 2011   12:58 PM PDT
 
saya ok saja dgn facebook, mungkin sebab saya tak taksub sgt kot.. saja utk suka2 dgn kawan2 yg susah nak jumpa kat luar. lagipun saya cuma add org2 yg saya kenal saja..kawan2 saya sja. klu saya add org lain pun, sbb saya kenal dia walaupun org tu tak kenal saya. contohnya imaen la....hehe..
easy_mix
September 20, 2011   09:02 PM PDT
 
Slm bro,

Ok la tu.
Setahun lbh jg eh FB kau.
Mini
September 20, 2011   05:49 PM PDT
 
Tahniah krn berjaya menutup FB. Suami saya sendiri sudah berulang kali minta saya buat perkara yg sama tp jwp saya biarlah dulu, mungkin ada kwn yg sedang mencari. FB byk membuka aib dan melekakan kita dlm pelbagai perkara. Di sekolah saya sendiri rakan-rakan lebih suka buka FB berbanding memeriksa buku murid-murid. Ada pula yg sibuk bercerita ttg apa yg dimasak dan perasaan terhdp pasangan masing-masing. Semuanya hanya membuang masa dan memalukan diri sendiri. Semoga saya juga berjaya menjahit kepompong suatu masa nanti.
Norziati
September 20, 2011   09:26 AM PDT
 
Saya memikirkan perkara yang sama juga sebelum ini. Dengan facebook, kita rasa bangga bila ada orang komen, rasa kecewa bila tidak ada orang like. Seolah-olah Facebook telah mengongkong hidup saya. Lalu masa lebih banyak dihadapan Facebook. Blog kian bersawang. Menulis pun entah kemana.

Saya juga mahu masuk kembali ke dalam kepompong. Saya juga mahu

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments