Entry: Mereka Tak Pernah Reda, Lalu Mengapa Salahkan Mereka? Sep 14, 2011



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka ~ al-Baqarah, ayat 120

 

Masa saya tingkatan enam, seratus tahun dulu, saya ada seorang kawan yang flamboyan habis. Padanlah dengan dia yang sangat kacak dan selalu berpakaian seperti seorang model. Zaman U, saya pernah terserempak dengannya di depan bangunan Kota Raya, memakai kemeja polka dot, bulat-bulat warna putih sebesar duit seposen dengan warna latar merah. Seluarnya, seperti dia baru selesai sesi bergambar untuk majalah GQ. Rasanya tak ramai lelaki yang berasal dari Kuala Krai berani bergaya sepertinya. Saya pun setakat pernah berani memakai seluar warna pink ke dewan makan kolej saja.

Sebenarnya, entri ini bukan mahu bercerita fasal dia, tetapi kerana dia pernah sebut satu ayat yang menggerakkan saya untuk tulis entri ini. Ayat yang menggoncang iman!

Satu hari, ketika kami lepak di tepi padang sekolah, datang seorang penjual aiskrim dengan motosikal roda tiganya. Salah seorang daripada kami teringin nak makan aiskrim. Kerana banyak pilihan, dia mengambil masa yang lama untuk memilih. Maka berkatalah kawan saya yang flamboyan itu, "Hoi, nak beli aiskrim pun fikir punya lama, orang nak masuk Kristian pun tak fikir lama tu. Baik masuk Kristian kalau macam ni."  Dia ketawa terbahak-bahak dengan ayat yang dia rasa sangat lawak itu.

Kami haram tak ketawa, hanya geleng kepala dan menasihatinya supaya bertaubat. Tapi dia terus ketawa. Dan tahu apa jadi padanya sekarang ni? Jadi paderi? Tidak, tapi dia bukan lagi dia yang kami kenal dulu. Dia tak jadi paderi, tapi dia jadi orang kuat seorang ustaz yang terkenal dengan pendapatnya yang agak kontroversi. Dia kini, hampir semua yang orang Melayu Islam biasa buat adalah bidaah dan haram padanya, daripada baca Yasin malam Nisfu Syaaban sampai ziarah kubur pada hari raya.

 Dah lama saya lupa ayat yang dia sebut itu, sehinggalah heboh dalam media tindakan JAIS yang menyerbu sebuah gereja dan heboh juga diperkatakan tentang betapa ramainya orang Islam yang murtad. Ada yang kata 100000 orang telah hilang akidah. Ada sekali tu, saya dengan seseorang menziarahi rumah Cikgu Azmi TERAS (NGO), kata Cikgu Azmi, yang mereka tahu ada beberapa orang pelajar IPTA yang murtad. Ada seorang kawan saya yang beragama Kristian beritahu saya, dia pun ada kawan Melayu yang berkahwin dengan Kristian dan jadi Kristian tanpa istihar pun. Saya pun ada kawan yang saudara perempuannya murtad kerana mahu berkahwin. Jadi angka sebenarnya, hanya Allah yang tahu, sebab tak ramai orang berani seperti Lina Joy.

Isy! Kalaulah benar 100000 orang telah murtad, besar tu jumlah tu. Hampir sama ramai dengan jumlah pengikut Syiah di Malaysia menurut CIA factbook dalam Internet. Dah boleh buka gereja sendiri, Persaudaraan Jesus Melayu serta buat persatuan Melayu Kristian macam di negara jiran kita. Jadi apakah betul seperti kata kawan saya '100 tahun' dulu tu, lebih mudah fikir nak masuk Kristian daripada nak beli aiskrim?

Tapi soalan yang lebih patut kita tanya ialah mengapa jadi begitu? Saya rasa, apa pun jawapannya, orang bukan Islam di Malaysia (dan barangkali di mana saja) sedang ketawa terbahak-bahak pada orang Islam Malaysia. Rapuhnya iman orang Melayu Islam sekarang ni sampai berduyun-duyun masuk Kristian. Bodohnya orang Melayu Islam sekarang sampai kerajaan pun terpaksa haramkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian kerana bimbang orang Melayu Islam terkeliru. Lemahnya badan zakat di Malaysia ni sampai ada orang Melayu Islam yang miskin terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak gereja. Peliknya orang Melayu Islam sampai bible tak boleh dicetak dalam bahasa Melayu sedangkan bible dalam bahasa Arab pun ada padahal al-Quran itu dalam bahasa Arab.

Ada orang Islam yang marah sungguh pada gereja. Mahu bakar gereja. Mahu gaduh-gaduh. (Tak tahulah sungguh-sungguh ke atau sekadar atas tujuan populariti politik) Tapi saya tak setuju salahkan dan marah pada gereja kerana mahu memurtadkan orang Islam. Saya berusaha sedaya mungkin untuk tak menyalahkan 'musuh' dalam mana-mana 'peperangan'. Mereka hanya melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Pihak gereja, mereka pun seperti kita juga, mahu seramai mungkin orang agama lain masuk ke dalam agama kita. Mereka pun nak juga dapat 'pahala' menurut agama mereka kalau berjaya mengkristian penganut Islam. Mereka pun tentu rasa cemburu mendengar berita bahawa Islam ialah agama yang paling pantas berkembang atas muka bumi ini. Jadi salahkah mereka? Jawapannya menurut saya, perbuatan masuk Kristian oleh orang Islam itu salah, kita harus berusaha mencegahnya, tapi usaha gereja itu tidak boleh 'disalahkan', sekurang-kurangnya pada pandangan mereka.

Saya teringat pada pembacaan saya tentang proses Yusuf Estes mendapat hidayah, daripada seorang paderi menjadi seorang mubaligh Islam. Kata dia, dia kenal Islam melalui seorang Mesir yang bernama Muhammad, seorang peniaga yang sedang merundingkan sebuah perusahaan kerjasama dengan syarikatnya. Lelaki Mesir yang tiada tempat menginap hingga terpaksa menumpang dengannya buat sementara waktu. Lalu Yusuf Estes terlintas dihati ingin pujuk lelaki itu untuk masuk Kristian. Mungkin melihat kepada penampilan lelaki itu yang moderen (saya agak saja). Dan selepas itu dia dengan berbagai cara cuba memujuk. Tapi akhirnya dia yang masuk Islam. Bukan setakat dia, malah isterinya dan seorang paderi lain yang berkawan dengan lelaki Mesir itu pun.

Moral cerita Yusuf Estes itu membuat saya teringat pula pada pertanyaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam satu kuliahnya, yang berbunyi lebih kurang begini, "Cina Buddha duduk dalam kampung Melayu dari kecil sampai tua, dengar azan dari kecil sampai tua, tapi mengapa mereka tak tertarik untuk masuk Islam. Mesti ada yang tak betul dengan kita."

Kemudian kita renung pula kisah tok nenek kita dulu (yang teori terbaharunya mengatakan beragama Pagan). Dalam salah satu teori daripada empat Teori Kedatangan Islam ke Tanah Melayu, dicatatkan tok nenek kita memeluk agama Islam setelah diperkenalkan oleh pedagang-pedagang Arab. Orang Melayu tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh pedagang-pedagang Arab Islam yang berniaga di sini. (Tak payah bincang la akhlak ramai pelancong Arab yang datang sekarang ni) Tentu saja akhlak pedagang-pedagang Arab itu luar biasa indahnya. Ada 'aura' dakwah dalam akhlak itu sendiri.

Magnet yang kuat akan menarik besi-besi di kelilingnya, atau mampu menarik besi-besi kepadanya, macam Magneto dalam X-Men. Tapi kalau kita besi yang tiada kuasa magnet, tentulah kita ditarik oleh magnet yang lebih kuat.

Saya rasa, punca masalah ini ialah kita sendiri, yang semakin jauh daripada Islam sebagaimana yang ditulis dalam al-Quran dan hadis.

Jadi... kita harus marah pada diri kita, bukan 'musuh'!

 

   10 comments

2012 Michael Kors bags
September 17, 2012   10:39 AM PDT
 
well this blog is great i love reading your articles.,922005,http://imaen.blogdrive.com/comments?id=168
Michael Kors Clutches
September 15, 2012   11:56 AM PDT
 
So fun article is! I know more from it.,965343,http://imaen.blogdrive.com/comments?id=168
Moncler 2012
September 13, 2012   05:20 PM PDT
 
i come here first time. Thank you for sharing your admin would get ready a severely beneficial write-up I congratulate.s I very agree with your views from here.,740584,http://imaen.blogdrive.com/comments?id=168
Chanel J12
July 6, 2012   07:09 PM PDT
 
You can like our chanel watches products: Chanel J12 Watches, Chanel J12, Chanel J12 Watch, Chanel Watches.
Belstaff outlet
July 4, 2012   12:33 AM PDT
 
So cute! I already like you on FB and also get your posts on Google Reader. :),180400,http://imaen.blogdrive.com/comments?id=168
truthly
June 21, 2012   11:17 PM PDT
 
btol saya sokong...
rahimahikhsan
February 24, 2012   06:06 PM PST
 
salam.patutlah imaen senyap.rupanya dah deactive kan fb.rindu untuk baca tulisan imaen yg bfalsafah tu.sy tharu bla baca entry ni.rasa diri pun kdang ad rasa2 sperti yg imaen ckap diatas.huh..
LynnTiger
January 25, 2012   02:39 PM PST
 
Saya baru 'terbaca' entry ini hari ini dan saya amat bersetuju dgn isi2 nye sbb saya pernah dan selalu terfikir benda yg sama.. Contoh yg saya alami, cuba bertanya kpd seorg ustaz yg bertaraf Kadi/Mufti/Ulama' gitu. Mungkin soalan saya beliau anggap remeh, tp saya benar2 perlukan jwpn.. soalan ttg masalah yg timbul dlm keluarga, maka saya perlu pengesahan dr sudut pandangan Islam. Sampai soalan ke 3, dia bleh bahasa kan saya ' apsal teruk sgt keluarga awak?' .. huh? terkedu saya dan after that no more soalan.. So, after that, klu ada masalah kena pandai2 settle sendiri kot.
imaen
September 18, 2011   02:55 PM PDT
 
takut tu betul dah tu. kata imam ghazali dalam minhajul abidin, seseorang mukmin hendaklah merasa takut menjadi munafik atau murtad.
Battou Bugeisha
September 15, 2011   12:03 AM PDT
 
Takutnya kalau-kalau kita termasuk dalam golongan munaffirin tanpa kita sedar. Nastaghfirullah. (T__T)'

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments