|
Selamat menunaikan ibadat puasa kepada teman-teman yang berkunjung memeriahkan blog ini. Sama-samalah kita berdoa kita dipanjangkan umur untuk menempuh sebulan penuh berkat. Harapnya kita nanti akan lulus cemerlang daripada universiti Ramadan ini. Dan semoga Ramadan ini ialah Ramadan terbaik untuk kita sehingga ini, kerana kita tidak tahu apakah kita akan bertemu lagi atau tidak dengan Ramadan tahun depan. |
| imaen September 2, 2009 01:49 PM PDT akak, TK untuk tazkirah itu. Mega sales! | ||
| akak August 22, 2009 10:36 AM PDT Salam Imaen, Rasulullah SAW telah bersabda kepada para sahabat: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik". Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya merebut 'tawaran murah' yang Allah tawarkan setahun hanya sekali ini. Amin. Selamat Berpuasa... | ||
| Leave a Comment: |