|
Tinggi saya 1.83 meter atau enam kaki dalam ukuran yang diguna pakai pada zaman saya sekolah. Dengan ketinggian ini saya dikira tinggi dalam kebanyakan masyarakat kerana piawai minimum antarabangsa untuk seseorang dikategorikan sebagai tinggi, kalau tak silap saya, ialah sekitar 1.78 meter ke atas. Dalam masyarakat kita, saya lebih tinggi secara puratanya hampir sejengkal berbanding dengan kebanyakan orang. Ketinggian itu menyebabkan saya sedikit berlainan daripada kebanyakan orang. Dan sudah menjadi kebiasaan, manusia cenderung untuk tidak berlaku adil kepada orang yang berlainan daripada kelompok ramai. Walau pun, tentulah sesuatu yang gila kalau membandingkan dengan layanan bangsa Aryan Jerman terhadap Yahudi, orang Han China terhadap bangsa Uighur atau orang putih Afrika Selatan terhadap orang hitam saudara senegara mereka ketika zaman aparteid dulu. Saya tetap dilayan sama rata, hanya saya rasa juga telah ‘didiskriminasikan’ oleh sistem untuk orang yang majoritinya tidak setinggi saya. Ketika sekolah ramai yang suka memanggil saya dengan nama gelaran yang menyakitkan hati saya kerana saya lebih tinggi daripada orang lain. Galah, Kateh Belalang, Tiang Lampu, Zirafah. Dan ada juga yang suka menyeru saya begini, ‘Hoi, panjang’. Sebetulnya saya marah orang memanggil saya begitu. Dan saya hairan mengapa apabila saya menjawab, ‘Ya, ada apa, pendek?” mereka juga tahu marah dan menuduh saya menghina mereka. Oh memanggil saya panjang tidak menghina tapi memanggilnya pendek dikira menghina, mana adil macam tu. Zaman sekolah juga, kerana tinggi, saya telah dinafikan banyak hak untuk dilayan seperti orang lain. Jadual tugas harian kelas daripada darjah satu sampai sekolah menengah hanyalah membersihkan papan hijau. Dalam kelas saya diwajibkan duduk di belakang kelas. Waktu perhimpunan sekolah juga saya kena duduk di belakang, padahal saya teringin juga untuk melihat hukuman rotan depan perhimpunan yang dijalankan terhadap pesalah disiplin sekolah. Dalam sukan pula, asal main bola saja pasti ada yang menyuruh saya jadi penjaga gol. Kalau acara trek pula, pasti ada yang menyuruh saya masuk acara jarak jauh. Apa mereka ingat kalau saya tinggi, stamina larian saya sekuat pelari Kenya. Saya juga pernah dimarahi oleh seorang pekerja Majlis Daerah yang sedang membersihkan parit tepi taman permainan kanak-kanak kampung kami ketika saya berlari menaiki gelongsor, katanya saya sudah tua bangka untuk bermain permainan itu dan permainan itu untuk kanak-kanak saja. Saya baru 13 tahun, sama seperti teman-teman permainan yang lain. Hanya kerana tinggi saya ketika itu sudah 5 kaki 4 inci saya dimarahinya. Tak patut sungguh. Sewaktu remaja juga, kalau ada kejuaraan bola sepak peringkat umur, kalau pasukan saya kalah tiada masalah, tapi kalau pasukan saya menang selalu saja pihak yang kalah membuat aduan rasmi kepada penganjur bahawa saya sudah terlebih umur. Lalu saya terpaksa menghadap meja urus setia dengan kad pengenalan. Sebagai orang tinggi saya juga menghadapi kesulitan ketika menaiki pengangkutan awam. Kalau saya naik bas ekspres waktu malam, saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana tiada siapa yang peduli dengan keadaan saya dan mengekhaskan kerusi paling depan sebelah kiri pemandu untuk saya. Amat menyeksa kerana saya mengantuk tapi tidak boleh menyandarkan kepala. Zaman naik bas mini wilayah juga amat menyeksa. Saya selalu terpaksa berdiri kerana ruang kaki kerusi itu terlalu sempit untuk saya duduk. Masalahnya, kepala saya hampir rapat dengan bumbung bas dan kalau bas melalui bampar kepala saya boleh terhantuk dengan bumbung. Begitu juga kalau menaiki Air Asia, saya ada masalah yang sama seperti menaiki bas ekspres. Ketika solat berjemaah di masjid juga saya menghadapi masalah. Di setengah-setengah masjid, dahlah tiada kolah wuduk, pili wuduk itu terlalu rendah hingga menyusahkan orang tinggi. Di setengah-setengah masjid juga, antara saf ketika solat itu terlalu sempit. Tiada siapa peduli bahawa ada orang tinggi juga bersolat. Saya akan menghadapi kesukaran untuk sujud dengan sempurna. Saya juga terpaksa bangun cepat-cepat kalau tidak mahu orang di saf depan terduduk atas kepala saya. Kadang-kadang, ketika saya enggan maju ke saf paling depan yang kosong di depan saya, mereka akan menoleh saya dengan pandangan, ‘Apa yang jahil sangat ni’, padahal takkan mereka tak perasaan ruang kosong tu dahlah sempit, ada jam dinding yang besar pula di situ. Bagaimanalah saya akan sujud di situ. Itulah masalahnya, sepatutnya sebagai orang Islam yang selalu ke masjid, mereka sepatutnya terdidik untuk memahami masalah orang lain. Sebenarnya banyak lagi masalah yang dihadapi oleh kami orang tinggi dalam dunia orang tidak tinggi. Entahlah, saya rasa orang yang tidak tinggi tidak akan memahami kesulitan orang tinggi. |
| imaen December 2, 2009 10:05 AM PST hani, setiap benda yg kena buat pasti ada kelebihan dan kekurangannya, hanyalah satu ujian saja. | ||
| hani November 6, 2009 04:52 PM PST Ha..ha..ha.. lawak jugak entri awak ni en. imaen..Pape pun byk kelebihan org tinggi ni..pada pendapat saya yang rendang ni.. | ||
| imaen October 9, 2009 07:50 AM PDT feqq, nasihat yang baik. | ||
| feqq September 30, 2009 08:28 PM PDT huuhuhu...moralnya...... rasa nya lae bek if saya katakan macam ni.... hm...kita kena stand je ar on 'diri kita' sendiri...coz hanya kita yang tau diri kita. kalo nak ikut pa orang komen......truely,mmg da y true but byk je y muncul as if it is a test 4 us.how to handle it and tackle it. but kalo nak layan suma...huh...takkan abis la conflict2 diri y akan timbul.biasa la,manusia suka menilai n membandingkan apa y mereka lihat, tak semua sentiasa alert akan hati2 y bakal mereka guriskan atas kata-kata 2.itu lah kehidupan...... kita just blh pilih, nk trima or ignore..but apa yang penting??? keeerjaasama!!! eh,nope.bkn y tu....pa y penting ialah, kita kena bangga ngan pa y kita ada n kita kena manfaatkan baik2la | ||
| feqq September 30, 2009 08:27 PM PDT huuhuhu...moralnya...... rasa nya lae bek if saya katakan macam ni.... hm...kita kena stand je ar on 'diri kita' sendiri...coz hanya kita yang tau diri kita. kalo nak ikut pa orang komen......truely,mmg da y true but byk je y muncul as if it is a test 4 us.how to handle it and tackle it. but kalo nak layan suma...huh...takkan abis la conflict2 diri y akan timbul.biasa la,manusia suka menilai n membandingkan apa y mereka lihat, tak semua sentiasa alert akan hati2 y bakal mereka guriskan atas kata-kata 2.itu lah kehidupan...... kita just blh pilih, nk trima or ignore..but apa yang penting??? keeerjaasama!!! eh,nope.bkn y tu....pa y penting ialah, kita kena bangga ngan pa y kita ada n kita kena manfaatkan baik2la | ||
| imaen August 19, 2009 12:53 PM PDT suka2, Macam cerita zaman Bahgdad dulu kala; cerita seorang bapa, anak dan seekor keldai. nsa, untuk bersahabat, saya hanya berdoa kepada Allah diberikan sahabat yang membawa kebaikan kepada saya dunia dan akhirat, dan saya membawa kebaikan kepadanya dunia dan akhirat. Tinggi dan rendah tidak pernah jadi ukuran. hidayah, :) | ||
| hidayah August 13, 2009 09:42 PM PDT kasihannya.... | ||
| nsa August 13, 2009 06:20 PM PDT Salam imaen dn pembaca komen yg lain ^_^ .. Setelah lama jadi ‘silent reader’,izinkan sy berkongsi cerita jgk..huhu.. Sy ank sulung kalo ikut umur,tp dh turun ranking jadi ank no 4 skang daripada 5 beradik (semestinya kalau diukur ikut ketinggian)..dan adik sy yg bongsu ni pun dah bg amaran yg dia akan jadi lagi tinggi daripada saya..haih~ Pada saya tak de masalah jadi tinggi atau rendah (saiz baju dan kasut tak jadi masalah di Malaysia ni sekurang-kurangnya)..mungkin saya takkan pernah didikriminasi oleh system macam imaen..huhu.. tapi biasalah,mulut manusia ni..sedap2 hati dia je kate kite pendek ..ok la,memang dia boleh dikategori tinggi pon..tapi geram jugak, sebab dah tentu2 bukan kite yg mintak jadi camni..pernah sekali tu,ape ntah sorang kawan ni ckp ape ye, sy tak ingat (mengambil dasar forget n forgive :)),tp cara sy balas tu mungkin agak kasar la (untuk orng yg lemah lembut cam sy…hee)..saya ckp,”bagus jugak Allah tak jadikan sy ni tinggi, kalau tak mesti saya pun akan mengutuk orang yg rendah,buat tambah dosa je,baik tak payah”..sy tak tau ape yg dia rasa lepas sy ckp cmtu,tp Alhamdulillah, lepas tu tak de soal tinggi rendah antara kami dah..berkesan rupanya.. Memang lumrah manusia ni nak cari persamaan dan perbezaan kot..macam bila bersahabat, kalau berdua,kita akan cenderung untuk cari perbezaan sebab untuk saling melengkapi..tapi cuba bertiga-tiga pulak,mesti ada yg cuba mencari persamaan dengan yang seorang lagi..(saya menulis melalui pengalaman bersahabat sy selama ni)..jadi bila dalam komuniti yang besar,makin banyak aspek ‘perbezaan’ yang menjadi ukuran..huhu.. Dan kalau ikut piawaian “worldview” kebanyakan orang,jadi tinggi tu lebih elok daripada jadi pendek, sama macam jadi putih lagi elok daripada jadi hitam..(padahal yang diukur di sisi Allah ialah tahap ketaqwaan kita)..jadi mungkin sebab itulah kawan imaen rasa tehina bila imaen panggil dia pendek kot..hee..susah juga orang tak sedar diri ni..haha..adeh..macam2..sebenarnya, ni baru pertama kali saya bace dan tahu luahan hati seorang yang tinggi..hee.. Ape pun,selamat maju jaya kepada yang membaca, tak kirala berapa pun tinggi anda semua ^_^ Allahu’alam Sekadar pendapat saya | ||
| suka2 August 13, 2009 10:21 AM PDT salam... saya faham imaen... dulu masa time budak2 orang cakap saya kecik,bila dah xkecik pun orang kata jgk... orang tu mmg tak paham... bkan orang tinggi rendah je yang jadi mangsa, orang kecik dan besar pun jadi mangsa... sabar lah yer... kena gitaw imam lah pasni...senang keje... hehe | ||
| imaen August 11, 2009 10:33 PM PDT Ali.ya, Entri di atas saya tulis sudah lama, setiap kali mahu meletaknya, saya terfikir apakah semua orang memahami apa yang saya tulis dan tidak menuduh saya sebagai tidak bersyukur. Akhirnya saya memutuskan, tentu semua orang faham moral tulisan di atas, rupa-rupanya saya silap. Atau mungkin saya tidak berapa pandai menulis hingga membuat tidak semua orang faham. kay~nisa, saya tidak menulis tentang keburukan atau kebaikan menjadi tinggi (atau rendah). Saya menulis tentang sikap, dan kegagalan melihat masalah orang lain. Dan di sini, saya sendiri mungkin termasuk dalam kategori gagal melihat masalah orang lain, atau gagal berada dalam kedudukan orang lain. | ||
| kay~nisa August 9, 2009 10:31 PM PDT sabar imaen & ali.ya...saya tau ni hanya luahan rasa shj dan sy masih percaya imaen,ali.ya & yg lain2 adalah pensyukur nikmat Dia. Kita akan nampak kebaikan disebalik ketinggian + kerendahan kita kalau kita sendiri nk melihatnya. Saya juga pasti...slps ini,ada pulak yg akan komen tentang kektinggian mereka yg sederhana...makanya,kita (termasuk saya) kena lebih3 bersyukur. Ada ssb tu Dia jadi kan imaen sgt tinggi dan ali.ya rendah Tp..masa saya jumpa imaen pon,dlm hati terdetik..'tinginya' hehehe :) | ||
| Ali.ya August 9, 2009 12:41 AM PDT 'orang yang tidak tinggi tidak akan memahami kesulitan orang tinggi' rasa cam kurang tepat je statement ni terutamanya bagi insan 1.48 m seperti saya. Sejak sek rendah sampai menengah asyik duk depan kalau beratur. Seksa sbb kena control diri sepanjang perhimpunan. 'Si kecik' dah lali di telinga. Walau boleh duduk dgn selesa dalam bas tapi masa sek dulu selalu fobia naik bas sbb sepanjang perjalanan duk fikir camne nak tekan loceng bas. Selalunya terpaksa buat muka seposen mtk tolong org terdekat. Kadang2 terpaksa g dekat driver. (tekan loceng secara lisan). Ada org kata bagus kecik...nampak muda manjang. Tapi letih juga kalau asal balik kampung, makcik goreng pisang tepi jalan mesti ingat saya cuti belajar. Padahal kita dah 6 tahun grad. Kadang2 jeles ngan org yang tinggi sbb rasa org yang rendah selalu byk masalah. Tapi mmg kita manusia ni selalu x cukup dengan apa yang ada. Kena banyak bersyukur. Takut nanti kufur nikmat yg ALLAH beri. (Peringatan untuk diri sendiri ni) -Sekadar berkongsi rasa- | ||
| Leave a Comment: |