Paradoks
Apa yang mereka sebut sebagai bebas bagiku anarki tetapi apabila aku mencari kebebasan mereka memanggilku ekstremis
~ imaen ~




Bagi seekor keldai, semak berduri adalah hidangan yang lazat. Keldai makan semak itu, tinggallah ia seekor keldai ~ Habib al-Ajami


Kata orang tentang LABYRINTH: KLIK




Jom komen tentang BOHEMIAN: KLIK




Bicara Tentang SIGARANING: KLIK



Jendela Kata

<< March 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31




HARI SEBELUM KELMARIN
the First Cut is Deepest
(i)(ii)
Hero-hero (dan Heroin) Kampung
(i)(ii)(iii)



mulai 7 Ramadan 1428

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed






 
Mar 2, 2016
Kedai kaset
Masa mula-mula kahwin dulu, saya beritahu isteri saya, kaksu, angan-angan saya satu hari nanti saya nak buka kedai muzik. Maksud saya kedai yang jual kaset, CD dan piring hitam, sebab saya suka dengar muzik. Tentu menyeronokkan duduk dalam kedai tu, dan buka lagu-lagu yang kita suka. Sambil membaca. Tak terfikir pula kehendak halwa telinga pelanggan yang pelbagai, tak semua orang boleh layan rock. Kaksu tak setuju dengan angan-angan saya tu. Kata dia cukuplah kami dengar muzik saja, tak payahlah jual muzik. Saya faham mengapa. Masa tu muzik itu hampir-hampir haram hukumnya. Sekarang ni baru masyarakat ramai bersifat lunak dengan muzik. Tapi mujur juga angan-angan tu tak direalisasikan, sebab sekarang ni kedai kaset ialah perniagaan yang hampir-hampir pupus. Tak seperti zaman dulu. Zaman tu, pekan kecil Kuala Krai, tempat saya membesar pun ada dua kedai kaset. Masa saya sudah berhijrah ke Kuala Lumpur, selalu juga, setiap petang balik dari kerja, kalau tak melilau dalam pasar seni saya akan duduk di depan kedai kaset dalam kompleks pudu raya sambil dengar lagu, sambil tengok orang yang lalu lalang, untuk membunuh masa sementara menunggu balik ke rumah. Saya tak balik awal-awal sebab tak mahu berebut dengan orang ramai. Selalunya selepas sembahyang mahgrib di masjid jamek baru saya naik bas untuk pulang ke rumah. Masa tu, selalunya bas sudah tidak padat seperti sardin dalam tin lagi. Dapatlah duduk selesa, dan kadang-kadang berbual dengan seorang kawan yang jadi konduktor bas kalau kebetulan saya naik bas dia. Tapi sekarang ni, nak cari kedai kaset punyalah susah. Kalau di Bandar Baru Bangi, tempat saya tinggal sekarang ni, rasanya tak ada pun kedai kaset. Di KL pun saya rasa susah nak jumpa kedai kaset, kali terakhir saya nampak ada di KL Sentral. Dan saya sempatlah berbual pendek dengan tauke tu fasal kaset dan CD. Dan saya pun tak tahu mengapa dia buka kedai kaset sebab pengetahuan dia tentang muzik terbatas (waktu itulah, sekarang mungkin dia buat kajian dan ilmunya sudah bertambah). Orang sekarang dah tak beli kaset atau CD lagi, mereka download atau dengar melalui Internet saja. Saya sendiri pun, hanya dengar lagu melalui radio atau kalau sambil menghadap komputer akan dengar melalui youtube saja. Buka playlist penyanyi yang saya suka, sambil buat kerja. Hampir semua lagu ada, terutama lagu orang putih, nak dengar Concerto for Group and Orchestra Deep Purple pun boleh. Tapi sebenarnya tak puas dengar muzik melalui komputer ni, terutama dengan komputer saya yang ada speaker siap-siap ni. Tak ada bunyi bes, tak ada bunyi treble... mendatar saja. Saya teringat dulu-dulu, saya dan kaksu ke rumah mak sepupu dia di Gombak Setia. Suami mak sepupu kaksu tu, arwah Hashim BA tu seorang pemain muzik dan komposer juga. Salah satu lagu dia yang saya tahu ialah Cubit-Cubitan nyanyian Yunizar Husin, serta sebuah lagu nyanyian Carefree yang saya lupa nama, dan malas nak google cari. Dia cukup ‘prihatin’ dengan muzik, dan saya suka duduk berbual dengan dia dalam bilik muzik dia. Bilik khas untuk dengar muzik. Dengar muzik ni kena ada sistem hi-fi yang bagus juga... siap dengan amplifier, ada equalizer dan speaker yang baik serta kabel yang bagus. Nak-nak pula, dengar melalui piring hitam... rasa seperti penyanyi dan pemuzik tu sedang buat konsert ada sebelah kita. Kerana itu saya sebenarnya berhasrat nak membeli pemain piring hitam... tapi yang membantutkan niat saya itu ialah apabila memikirkan di mana nak beli piring hitam. Kalau ada pun, sekarang ni orang jual ratus-ratus ringgit sekeping. Huh... pokai...

Posted at 11:22 pm by imaen

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home