Paradoks
Apa yang mereka sebut sebagai bebas bagiku anarki tetapi apabila aku mencari kebebasan mereka memanggilku ekstremis
~ imaen ~




Bagi seekor keldai, semak berduri adalah hidangan yang lazat. Keldai makan semak itu, tinggallah ia seekor keldai ~ Habib al-Ajami


Kata orang tentang LABYRINTH: KLIK




Jom komen tentang BOHEMIAN: KLIK




Bicara Tentang SIGARANING: KLIK



Jendela Kata

<< September 2011 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30




HARI SEBELUM KELMARIN
the First Cut is Deepest
(i)(ii)
Hero-hero (dan Heroin) Kampung
(i)(ii)(iii)



mulai 7 Ramadan 1428

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed






 
Sep 11, 2011
Petikan daripada HOTEL MEOW-MEOW, sebuah novel kanak-kanak yang sedang saya tulis.

(Gambar ini hanya gambar hiasan - saya ambil di Internet saja. Tapi beginilah nanti sampul novel itu dalam kepala saya)

“Hotel kucing pun kena ada bintang-bintang juga ke?” tanya Nabil. Dahinya berkerut. Dia terkejut apabila sebentar tadi Nurin Batrisya bertanya mereka nak jadikan hotel kucing mereka hotel berapa bintang? Aswad dan Rasyid pun tercengang. Mereka sampai berhenti memamah jemput-jemput pisang atau orang panggil juga sebagai cekodok itu. Tahu ibu siapa yang bawa? Tentulah Aswad. Ibu Aswad kan pakar buat segala macam jemput-jemput daripada jemput-jemput pisang sampai jemput-jemput bawang.

Tapi hotel lima bintang untuk kucing? Macam tak percaya saja. Entah-entah Nurin Batrisya ni berangan-angan saja.

“Mestilah ada. Hotel kucing pun macam hotel manusia jugalah. Bukan manusia saja nak selesa. Kucing pun nak selesa juga. Kucing juga berhak mendapat yang terbaik.” Jawab Nurin Batrisya dengan tegas.

Nurin Batrisya ni memang seorang pejuang hak asasi kucing. Sumber-sumber tak rasmi berkata, dia merupakan orang kuat sebuah pertubuhan sulit bernama PKM. Hah PKM? Parti Komunis Malaya! Bukanlah, PKM yang dianggotai oleh Nurin Batrisya itu akronim untuk Persaudaraan Kucing-Manusia. Kawan-kawan jangan salah faham dan jangan keliru. Fahaman komunis itu haram menurut agama Islam. Haram bukan kerana komunis itu jahat atau suka seksa orang. Tapi haram kerana fahaman komunis tidak mempercayai adanya Tuhan dan agama. Jadi kalau ada komunis baik sekali pun, contohnya komunis yang suka beri sedekah dan tolong orang, tetap juga haram menurut agama Islam.

Komunis ini sama bahaya dengan fahaman sekular. Sama-sama fahaman sesat! Tahu kawan-kawan apa makna fahaman sekular? Sekular itu ialah fahaman yang memisahkan antara kehidupan dan agama. Sebagai contoh dalam pemerintahan negara, di mana pemerintah memerintah negara tidak berdasarkan hukum Islam yang tertulis dalam al-Quran. Mereka mengambil undang-undang ciptaan manusia seperti undang-undang yang berasal daripada undang-undang British. Fahaman komunis dan sekular, dua-dua berdosa di sisi agama Islam.

Nanti di Padang Mahsyar, kalau timbangan dosa lebih berat daripada timbangan amal Allah kata akan dimasukkan dalam neraka. Nauzibillah!

Tapi bela kucing tak berdosa. Persaudaraan Kucing-Manusia pun ditubuhkan untuk membela kucing saja. Mereka pun hanya aktif setakat dalam forum Internet saja. Mereka memperjuangkan supaya diberatkan lagi hukuman pada penganiaya kucing.  Hukuman seberat-beratnya. Kalau ikut hati mereka, siapa yang menganiaya kucing haruslah disula. Tapi tak bolehlah buat hukuman begitu. Berdosa!

“Siapa yang nak bagi bintang-bintang tu? Orang atau kucing?” Nabil luaskan matanya sikit. Air mukanya pula menunjukkan dia sedang ada muslihat.

“Oranglah yang bagi bintang pada hotel tu. Takkan nak suruh kucing pula. Kucing tu binatang, mana tahu nak bagi bintang.” Nurin mencebik.

“Kalau orang yang beri bintang mana orang tahu apa yang kucing suka. Orang bukan kucing. Orang bukan faham bahasa kucing. Semuanya meow-meow-meow saja. Sebagai contoh katalah abang ni kucing, abang buat bunyi meow-meow-meow, cuba adik teka apa yang abang nak beritahu sebenar?” tanya Nabil.

“Manalah adik tahu. Entah-entah kucing pun tak faham apa yang abang cakap.” Nurin Batrisya  geram.


Posted at 04:17 pm by imaen

NUR SHUHADA
April 13, 2012   01:21 PM PDT
 
wow! HOTEL MEOW MEOW ADA Di KEDi BUKU BANGGOL
aliz
September 24, 2011   03:28 PM PDT
 
saya suka kucing. saya suka Imaen.
jadi, saya kena beli dan baca buku hotel kucing ni.. ;)
AJ Nismihan
September 14, 2011   05:23 PM PDT
 
*senyum*
andai begitu yang dihajatkan, teruskan saja.
saya sendiri cuba membaca senaskah hikayat dari kedah pada usia 12 tahun, tapi akhirnya tak kemana. gagal menembusi pemikiran saya barangkali.
dan berakhirlah dengan buku-buku tipikal untuk remaja muda.
cuma, bagi saya, naskah terbaik yang saya masih gemar dan masih jadi ingatan hingga kini adalah beberapa naskah yang memenangi pertandingan sastera anjuran bank rakyat. dan mungkin itu sudah cukup besar bagi pemikiran saya di menengah rendah.

dan pasti saja saya jauh dari pembacaan orang-orang seperti Imaen.

dan saya akui itu.

dah tua-tua ini baru terbuka minda nak mendalami naskah-naskah yang lebih berat dengan penuh minat.

tapi masih mencuba.
Naskah Imaen saya minat.
Naskah John Norafizan pun berat, dan ada sisi yang membuatkan saya teruja juga.

*senyum*
Name
September 14, 2011   02:33 PM PDT
 
AJ,
ketika saya kanak-kanak sekolah rendah, saya sudah membaca S Othman Kelantan, Azizi Abdullah dan beberapa orang lagi. Mungkin kefahaman saya pada yang dibaca itu tak sama dengan seorang dewasa membacanya. Tapi selepas 30 tahun, saya masih boleh ingat beberapa cerita yang saya baca itu.

Pada masa yang sama saya masih lagi membaca Enid Blyton's dan Hardy Boys. Cerita yang membuat saya berangan-angan mahu hidup dalam novel-novel itu.

Jadi saya menulis novel kanak-kanak untuk kanak-kanak seperti saya dulu, sebab saya percaya manusia itu memang ada kelompok masing-masing. Mungkin tidak ramai, tapi matlamat saya menulis bukanlah untuk laku ribu-ribu atau untuk mendapat nama sebagai penulis buku (kanak-kanak) yang hebat.

Lagi pun, berapa lama lagi kita harus menyuap kanak-kanak dengan 'makanan ringan'?

Nurul,
Ucapan untuk adik Nurul, selamat berjaya membuka hotel kucing :)
AJ Nismihan
September 14, 2011   01:53 PM PDT
 
Salam Imaen

Mungkin masih terlalu awal untuk meramal keseluruhan novel kanak-kanak ini, tapi tidak salah untuk aku berkongsi pandangan di sini ya.

Penulisan kita harus ada pengisian kan.
Dan aku pasti penulisan Imaen pun masih seperti dulu, masih bercerita tentang kehidupan yang berat ini dalam selit bahasa yang cuba untuk menjadi mudah.

dan itu cukup baik.

cuma; tak tahu di mana, tapi kelihatan teks ini tidak cukup kanak-kanaknya. Tak pasti samada ia cukup Adiwira atau tidak, tapi seperti teks ini bermain di antara Adiwira dan Manis 17.

Itu saja pandangan aku.
Maaf kalau berbunyi kasar, tapi sebagai peminat 'Bohemian', tak salah rasanya aku berkongsi pandang.
kan?

*senyum*

semoga kamu diberkati Allah sentiasa ya sahabat ku Imaen.
semoga Allah permudahkan segalanya untuk kamu; dengan sedikit usaha.
Ameen
Nurul
September 11, 2011   04:48 PM PDT
 
Salam....

Sweet excerpt… Adik saya yang bercita-cita nak jadi doktor haiwan pasti suka. Sayangnya, cita-citanya tak tercapai, sekarang ambil kursus Islamic Finance di KUIS. Dia pernah tanya boleh tak kalau dia nak jadi ‘accountant’ untuk hospital haiwan. Mungkin saya patut propose pada dia untuk buka hotel untuk kucing selepas dia tamat belajar… ^_^
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry