Menurut laporan berita, tentera penjajah Amerika di Afghanistan telah merancang membayar ganti rugi untuk setiap nyawa awam yang melayang dan harta benda awam yang musnah akibat tembakan mereka. Pelan yang dinamakan Commander Emergency Relief Program itu menetapkan untuk setiap nyawa orang awam yang terkorban, warisnya akan dibayar sebanyak US$2500. Manakala untuk seekor lembu yang mati, juga US$2500. Kata jurucakap mereka, ini kerana lembu penting kepada sesebuah keluarga dalam membuat kerja ladang. Hmmm... secara halusnya, nilai seorang manusia Muslim di Afghanistan sama mahal (atau sama murah) dengan harga seekor lembu. Dan maknanya juga, katalah tentera Amerika mahu menghapuskan seluruh penduduk Afghanistan, berdasarkan anggaran penduduk di sana, mereka perlu membayar sekitar US$7o bilion. Tapi masalahnya ialah kalau semua sudah mati, pada siapa bayaran itu harus dibuat?
Lalu tentulah Amerika terpaksa membayar wang tersebut kepada saudara terdekat mereka. Dalam Islam pula, kita selalu diajar bahawa umat Islam itu bersaudara, jadi pada kitakah? Tapi soalnya betulkah kita dengan umat Islam Afghanistan itu bersaudara? Maksud saya, dengan segala ketidakprihatinan kita terhadap nasib yang menimpa mereka, apakah kita masih lagi layak dipanggil saudara? Jawapannya, hanya setiap daripada kita yang tahu, berdasarkan apa yang telah kita lakukan untuk saudara kita itu.
Dan saya suka berkongsi satu cerita yang saya dengar dalam saluran al-Jazeera beberapa tahun dulu, untuk kita sama-sama renungkan. Kisah seorang lelaki Kuwait yang menembak secara rambang tentera Amerika yang sedang berlatih di Kuwait. Beberapa jam sebelum kejadian itu, selepas solat zuhur di masjid, lelaki itu telah bertanya kepada abangnya, apakah kita ini manusia atau binatang? Sebab kalau kita manusia tentu kita bersimpati dengan nasib saudara kita yang dijajah Amerika. Dia kemudian berkata kepada abangnya bahawa hari ini dia akan membuktikan bahawa dia manusia dan bukan binatang.
Mungkin kita tidak mampu berbuat seperti lelaki Kuwait itu. Tapi apa yang telah kita lakukan untuk Afghanistan? Saya rasa sumbangan tahap minimum pun tidak kita lakukan. Malah mungkin ramai umat Islam tidak pun sedar masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam Afghanistan. Mereka sebenarnya tidak bernasib baik seperti umat Islam di Palestin dalam soal mendapat simpati umat Islam. Sebagai contoh di Malaysia, ketika Israel menyerang Palestin tahun lepas berbagai-bagai aktiviti dilakukan oleh umat Islam di sini. Daripada kempen boikot barangan Israel (dan Amerika) hinggalah mengutip derma sampailah ceramah khas di surau dan masjid. Budak-budak U kita pula keluar berdemo dengan memakai ikat kepala ‘Save Palestine’. Ramai juga yang melilit mafela yang sinonim dengan Palestin di leher. Tapi setakat saya sedar tiada apa-apa untuk Afghanistan. Mengapa?
Apakah kerana yang menyerang Afghanistan itu Amerika dan yang menyerang Palestin itu Yahudi?
Amerika dengan nilai sosiobudayanya yang kita terima menyebabkan ramai daripada kita berasa tidak selesa untuk membantah mereka. Amerika telah mendoktrinkan dalam kepala kita bahawa mereka ialah orang baik melalui produk-produk mereka. Selagi kita tidak rasa salah apa-apa menyokong Manchester United, minum cola mereka, makan makanan ringan mereka, memuja pelakon mereka, berasa megah memakai pakaian buatan mereka, selagi itulah kita tidak akan berasa sangat dengan apa yang berlaku di Afghanistan.
Kita akan marah sangat-sangat kalau ada orang berkata kepada kita, “Kau ni macam orang Yahudi!” tapi kita tentu tak marah sangat, malah mungkin seronok, kalau ada orang berkata, “Kau ni macam orang Amerika.”
Posted at 11:18 pm by imaen
imaen November 10, 2009 08:40 AM PST me,
Itulah padahnya membaca novel, jiwanya puitis dan halus bahasanya:)
hani,
akhir zaman, kita hanya umpama buih. Dan saya rasa ramai orang Islam tahu punca mengapa kita dihina, juga kita tahu cara penyelesaian tapi kita hanya malas bertindak saja.
Youtube untuk saya hanyalah bagi mendengar lagu zaman saya remaja dulu, itupun sambil buat kerja. Saya tak tengok video-video lain dalam tu jadi tak tahu apa-apa.
Minggu lepas blogdrive ada masalah sikit, tu yang ada komen kena telan.
hani November 3, 2009 04:28 PM PST Kenapa banyak komen yang saya post tak keluar nii?? Apa pun many thanx 2 u, sdra imaen sebab entri yang terkini ni..
hani November 3, 2009 04:27 PM PST Apa kata kita tengok nasib umat Islam kat Malaysia ni jugak.. Teruk jugak dihina tapi pemimpin Islam buat tak reti aje.. Camana tu.. Memang ada terdetik perasaan marah, sakit hati, dan macam2 perasaan lagi bila tengok umat Islam dihina dan dicerca di dunia luar tapi kadang-kadang kita kena tanya jugak apa yang dah kita buat untuk umat Islam di Malaysia yang juga dihina dan dicerca.. tengok youtube? Solat kita diejek dan ini bukan yang pertama kalinya.. ish..geram betul. Eh.. lupa pulak, terima kasih sdra imaen kerana entri yang terkini ni.
me November 1, 2009 07:30 AM PST salam. to Imaen. trima kasih bt entri. lame tunggu entri dr Imaen.
frankly, sy suke lelaki yg minat baca novel ni.tpi, novel yg islamik la semestinya!.. puitis jiwa. halus bicaranya..
waduh2, gawat nih, sy sudah berbahasa-bahasi ni.
teruskn berkarya,Imaen.
doakan sy jugak ya
imaen October 28, 2009 11:07 AM PDT suka2,
Saya hanya ikut berita itu dalam aljazeera, dulu apa yang berlaku di Chechya saya ikut dalam satu web yg dikelolai oleh pejuang chechya, tetapi satu hari komputer sy penuh dengan mesej lebih kurang begini, 'go to hell you terrorist supporter' dan sejak itu saya tak boleh masuk web itu lagi.
Nabi kata, lebih kurang begini, ' bukan daripada golongan kami orang yang tidak mengambil berat tentang nasib saudara kami'. Saya pun takut juga, saya saja yang rasa saya umat Nabi tapi sebenarnya tidak. Minta jauh!
suka2 October 9, 2009 09:12 AM PDT salam..
akhirnya muncul jgk en3 baru dr imaen...
tertarik sy dgn hal ni..
sy rasa bkn hanya afghanistan yg kita lupa,tapi isu ummat islam di negra2 yg terdekat spt Thailand, Ambon dahulunya pun tak kita ambik tahu..berita tu mcm dah tak di update skrg dan sy sendiri pun tak tahu apa yg dah terjadi kat sana sekarang...ditambah dgn isu Turkistan, Chechnya dan sbgainya...
masalah kepada umat Islam adalah apabila media yang tak terbuka dan kita pulak terlalu depend kepada media barat yg tak semua kebenaran dapat diceritakan...tak seperti iran yg menapis sgla pembohongan barat (terutama amerika) dari masuk ke web mereka...
ataupun mungkin kita jenis yg tak ambik tahu???
wallahua'lam...
sy pun tak rasa sy menyumbang banyak kpd Islam apa lg ummatnya...sekadar pendapat...
dan saya setuju...orang melayu kalau kata 'ko cakap macam orang amerika' pun dah bergulung seronok apa lg kalau cakap style...tak dak identity sendiri tu yg cepat terpengaruh...
syg bangsaku =)...