Paradoks
Apa yang mereka sebut sebagai bebas bagiku anarki tetapi apabila aku mencari kebebasan mereka memanggilku ekstremis
~ imaen ~




Bagi seekor keldai, semak berduri adalah hidangan yang lazat. Keldai makan semak itu, tinggallah ia seekor keldai ~ Habib al-Ajami


Kata orang tentang LABYRINTH: KLIK




Jom komen tentang BOHEMIAN: KLIK




Bicara Tentang SIGARANING: KLIK



Jendela Kata
   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30




HARI SEBELUM KELMARIN
the First Cut is Deepest
(i)(ii)
Hero-hero (dan Heroin) Kampung
(i)(ii)(iii)



mulai 7 Ramadan 1428

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed






 
Sep 2, 2009
Toleransi

Saya faham kalau penduduk sesuatu kampung atau taman yang majoritinya beragama Islam menolak atau membantah pembinaan sesuatu rumah ibadat penganut agama lain di kawasan mereka. Sama seperti ketika zaman saya sekolah rendah dulu, ketika kami membaling batu ke arah sebuah gereja di kampung kami. Kami marah kerana gereja itu berada dalam kampung kami yang hampir seratus peratus penduduknya Islam.  Kami budak-budak tak nampak rasional mengapa gereja itu perlu ada dekat dengan masjid kampung kami. Dan ketika itu kami juga tidak faham mengapa ibu bapa kami memarahi kami kerana perbuatan kami itu. Kami rasa pihak polis juga tidak patut cuba mengawal gereja itu keesokan harinya. Sepatutnya kami dipuji dan disanjung.

Tetapi semakin dewasa, semakin saya memahami apa makna toleransi. Semakin saya memahami apa itu makna beragama dan menghormati orang yang beragama lain daripada saya. Suka atau tidak, kita kena menghadapi kenyataan bahawa kita tinggal dalam masyarakat berbilang agama. Dan suka atau tidak, kita kena berbuat baik kepada penganut agama lain kerana itu juga suruhan agama.

Ketika saya budak hingus meleleh dulu, saya pun menggunakan hujah majoriti juga. Orang Islam yang paling ramai, mengapa mesti dibina gereja di situ! Tapi ketika hidung saya tidak lagi melelehkan hingus kecuali ketika selesema, saya faham alasan majoriti itu tidak relevan lagi. Sebab kalau orang Islam menggunakan alasan majoriti bermakna kita juga harus merelakan penganut agama lain menggunakan hujah majoriti.

Sukar jugalah untuk orang Islam di Pulau Pinang untuk membina masjid kerana di situ orang Islam bukan majoriti. Juga tak perlulah ada masjid di Sarawak kerana di negeri itu orang Melayu Islam itu merupakan bangsa ketiga teramai selepas kaum Iban dan Cina. Kita orang Islam juga tidak bolehlah berdemonstrasi marah kepada pengikut parti politik Hindu di India ketika mereka merobohkan masjid Babri dulu sebab orang Islam minoriti saja di India. Masjid-masjid tidaklah boleh dibina di negeri orang putih kerana orang Islam berapa persen saja di sana. Kalau nanti, katalah orang Islam jadi minoriti di Palestin sebab dihalau Israel, dan Israel mahu merobohkan masjid Al-Aqsa, biarkanlah saja. Tapi soalnya kalau kita tidak dibenarkan membina masjid, atau masjid kita dirobohkan di tempat kita minoriti, kita akan marah dan menggunakan alasan kebebasan beragama tersekat.

Bagaimana pula kalau penganut agama lain sampai berdemonstrasi membawa kepala babi kerana tidak mahu ada surau di kawasan mereka ialah majoriti? Tentu kita semua akan pakat-pakat mengasah golok kerana mahu bersabil. Hipokrit sungguh kita!

Sebenarnya siapa tahu, dengan adanya rumah ibadat agama lain di kawasan orang Islam, dengan kehadiran penganut agama lain di situ, dan mereka melihat sendiri keindahan cara hidup Islam akan terbuka hati mereka untuk menerima hidayah. Pahala besar tu!

Tapi saya masih ingat lagi kata cikgu saya masa tingkatan enam dulu, Cikgu Husin Malaikat, ketika dia bercerita tentang seorang bekas menteri Jepun yang memeluk Islam dan melawat Malaysia, kata menteri itu (cikgu saya sebut dalam bahasa Melayu), ‘hmm... nasib baiklah aku masuk Islam dulu sebelum datang ke Malaysia, kalau aku datang dulu, tak tertarik aku nak peluk agama ni’.  Dan saya juga masih ingat soalan yang dilontarkan oleh TGNA dalam satu kuliahnya, ‘sebab apa agaknya orang Cina Buddha yang duduk sebelah rumah kita, dari kecil sampai besar, tak tertarik nak peluk agama kita?’.

 

Posted at 01:33 pm by imaen

imaen
December 2, 2009   09:59 AM PST
 
mashen,
Insya-Allah, mereka tak cukup hujah untuk berdiskusi dengan kita, walau kita bukanlah orang alim dalam agama kita.
sy baru je 'berdiskusi' dgn seorg kawan yg jadi syiah dan ajak sy jadi syiah, katanya dia nak selamatkan sy drp neraka.
mashen
November 16, 2009   12:56 PM PST
 
Salam. Ada seorang dua di office lama saya y suka bertanya ttg Islam pd saya. Sy jg suka bertanyakan yg sama ttg Kristian dan Budha mrk. Seriau jgak if seskali diajak berdiskusi- takut sy yg jahil ni tersasar bg hujah. Aduh! Boleh jd kes haru tu! Sskali juga mrk hulurkan Tribunal mingguan Kristian mrk pd sy. Sy ambil, sy baca dan sy buat perbandingan. Truth? Smua manusia mengikut 'fitrah' dan fitrah itu adalah Islam. Hopefully mrk akan 'revert' pd Islam- kalau tak hari ini suatu masa nanti...
imaen
October 9, 2009   07:38 AM PDT
 
v,
ya, husin tahi cicak. Orang yang paling banyak membaca yang pernah saya kenal.
v
September 27, 2009   09:36 AM PDT
 
Hussein tahik cicak ke?
imaen
September 8, 2009   02:42 PM PDT
 
kay~nisa,
Soalnya Islam bukan ekslusif utk kita hingga kita harus membenci org lain, dan tidak berusaha menyebarkan agama Allah ini.
kay~nisa
September 6, 2009   06:27 PM PDT
 
tiba2 saya terasa seperti kena *dangggg* di dahi :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry