Seminggu dua ini saya tidak sempat menulis, kesibukan dan beberapa hari lepas saya demam selesema. Tak larat nak menulis. Tapi saya rasa saya hanya terkena selesema manusia dan bukan selesema babi. Buktinya saya belum mati lagi walau tidak mendapat rawatan hospital dan demam saya juga semakin baik.
Entri saya kali ini hanyalah iklan untuk sebuah jawatan kosong. Ini bukan main-main, ini serius. Dua tiga hari lepas, seorang kawan yang mengajar di sebuah pondok moden di Merbok, Kedah menelefon saya bertanyakan kalau-kalau saya ada saudara mara yang baru habis belajar dan belum ada pekerjaan untuk mengisi kekosongan jawatan guru di situ. Diperlukan segera seseorang yang boleh mengajar sains hingga peringkat tingkatan tiga di situ kerana guru sains mereka telah meletak jawatan. Mungkin kerana mendapat tawaran yang lebih baik.
Malangnya saya tidak dapat membantunya. Apa yang mampu saya buat ialah mengiklankan kekosongan itu.
Jadi kalau ada sesiapa yang tinggal berhampiran dengan Merbok, Kedah atau kenal sesiapa yang tinggal di kawasan itu yang layak dan belum ada pekerjaan tetap bolehlah memohon jawatan itu. Sekurang-kurangnya untuk sementara mendapat tawaran yang lebih baik. Juga boleh berbakti kepada anak-anak yatim kerana setahu saya di situ, anak-anak yatim dapat belajar secara percuma saja, Berapa gaji yang ditawarkan, tidak pula saya tanya kepada kawan saya itu. Untuk pengetahuan juga, sesi pengajian di Madrasah Zuibaidiyah itu adalah sama dengan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kalau ada sesiapa yang boleh menolong, tolong ya. Boleh hubungi nombor telefon 04-4571880 atau 013-4443243 (Ustaz Amir).