Kelmarin dulu Labyrinth keluar dari kilang cetak. Saya dihubungi oleh Jemari Seni dan beberapa naskhah contoh diberikan kepada saya. Kemudian saya diminta menandatangani beberapa naskhah untuk beberapa orang pembaca. Tidak tahu apa yang harus saya tulis, saya membelek terjemahan Hikam dan terjumpa kata-kata orang yang saya hormati lalu saya memindahkannya ke atas halaman depan novel itu. Saya suka membaca kisah Ibrahim Adham kerana saya kagum dengan bagaimana beliau seorang penguasa sanggup meninggalkan takhta untuk berkelana mencari Tuhan. Begitu juga saya kagum dengan Osama bin Laden – bukan soal saya menyokong beliau atau tidak kerana saya pun tidak tahu keadaan sebenar – yang sanggup meninggalkan kekayaan untuk berjuang dengan apa yang beliau percaya. Saya kagum kerana saya tidak mampu berbuat begitu. Ketika menandatangani novel itu terasa seperti zaman sekolah ketika menandatangani buku autograf kawan-kawan setiap hujung tahun.
Ada berbagai rasa ketika melihat novel itu tetapi sesungguhnya rasa tidak percaya berada di atas sekali. Saya tidak percaya akhirnya Labyrinth siap juga kerana yang dicetak itu sebenarnya versi kedua. Satu pertiga lebih dari versi pertama hilang dimakan virus dalam komputer dan saya yang buta komputer ini tidak tahu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. Mula-mula rasa seperti sudah malas hendak menyiapkan tetapi Allah memberi kekuatan dan ilham untuk meneruskan ketukan pada kekunci komputer. Tapi jangan bertanya kepada saya versi mana yang lebih baik kerana saya tidak tahu.
Labyrinth itu saya taip sambil mendengar M.Nasir/Kembara, Belantara, Ramli Sarip, Raihan, Ebiet G. Ade, Iwan Fals, Zain Bikha, Dawud Whanrsby Ali, Abdul al Lateef Whiteman dan Yusof Islam/Cat Stevens. Antara lagu yang paling banyak saya dengar ketika menaip itu ialah Afraid to Read oleh Dawud Whanrsby Ali kerana liriknya seperti mengingatkan saya supaya memerhati ke mana hala tuju penulisan saya. Tetapi saya mengakui kadang-kadang disulam juga dengan Led Zeppelin, Black Sabbath, Queens dan Rainbow/Blackmore's Night/Deep Purple. Ah! Saya hanya manusia biasa. Tidak tahulah sama ada boleh atau tidak mendengar lagu band rock tersebut tetapi saya pilih lagu-lagu tertentu sahaja yang saya yakin liriknya tidak mengandungi sebarang perkara yang bertentangan dengan akidah kita. Kadang-kadang ada juga satu dua bait yang menarik dalam lagu mereka.
Terima kasih kepada beberapa orang kawan tempat berbincang mencari logik cerita kerana buku cerita bukanlah hidup sebenar. Kehidupan tidak memerlukan logik tetapi buku cerita perlukan logik. Terima kasih kepada Pink Jambu kerana sudi membaca draf awal, terus menjadi pom-pom girl memberi semangat dan mencadangkan supaya naskhah ini dihantar kepada Jemari Seni. Harap saya novel ini memberi manfaat kepada kita semua; ada hiburan di dunia dan mendorong kita mencari akhirat. Segala kekurangan novel ini adalah kelemahan saya dan segala kebaikan semuanya dari Allah belaka. Selamat membaca!
Posted at 04:01 pm by imaen
v October 5, 2009 10:12 AM PDT Tahniah, tak saya sangka sahabat saya ini berbakat menulis. Semasa sama-sama di ting. 6 dahulu tidak nampak bakat ini. Semoga maju jaya. Wassalam
vladmin voyage October 5, 2009 08:44 AM PDT membaca labyrinth buatkan saya terfikir mungkin saya juga dah jadi seperti hanani.....
first bce vendetta saya kurang berminat tapi lepas baca labyrinth baru saya sedar inilah novel yang saya suka
best sebab menggalakkan orang berfikir dan memahami
bahasa dia cantik
TAHNIAH diatas buku yang menarik
rainbow September 21, 2009 09:22 PM PDT Salam alaik.. Labyrinth best... Kenapa Natasya tak ditimbulkan dengan nyata dalam novel ni.. Watak dia hanya melalui pemerian penulis semata.. Apa salahnya diselitkan dialog Natasya dengan Kamal atau Hanani.. Barulah boleh diteka apa pendirian si Natasya tu terhadap rumahtangga dia dgn Kamal. Dia suka ke tak suka ke dgn suami dia..masa konflik rumahtangga dia tu. Sebab macam sekejap sangat Natasya berubah pendirian terhadap suami dia... pelik sikit la pada pandangan saya.. Sebenarnya saya tahu komen je.. Kalau suruh saya betulkan.. memang tak tahu punya. Tapi tak apalah. Keseluruhannya saya suka Labyrinth. Terima kasih Imaen.
bunga August 29, 2009 11:49 AM PDT busking dah, dakwah kampus dah, keusahawanan dah...lepas ni isu apa pulak en. imaen?
Nurul April 27, 2009 01:15 AM PDT Slm. Alhamdulillah, Labyrinth adalah sebuah karya yg baik. A good thriller & saya lihat karya ini sbg bhn ilmiah yg santai (mungkin bg saya yg perlu mengadap bhn ilmiah serius hampir sepanjang masa)
Walaupun cover seakan cameleon yg tidak menampilkan isi kandungan sebenar karya, I've learned my leason not to judge a book by it's cover. Pertemuan yg tidak dirancang (walaupun semuanya dlm perancangan Allah swt) tp sy bersyukur dipertemukn dgn karya ini. Ia byk mengingatkn prkara yg kdg kala seakan dilupakan.
Anyway, the thriller & mystery is definitely there (although I manage to take a wild guess on the killer at the early stage of the story). Maybe some more twist in the future? Semoga sentiasa dlm rahmat Allah swt & semoga tinta saudara kekal dgn originalitinya sendiri, Insya Allah...
homosapiens April 17, 2009 07:07 AM PDT suka your writting style.genre thriller mmg my favourite. suspens dan mendebarkan. tertanya2 siapa pembunuh misteri.mula2nya sy tertarik dgn tajuk cerita tu, labyrinth.unik dan pelik membuatkan sy nak tahu apakah yg dimaksudkan dgn labyrinth.
shadelina March 30, 2009 09:47 PM PDT memang storyline nya captivating sampai tak boleh taruk buku until you finish the whole book. tak ingat dunia lagi (tapi tetap tak tinggal solat eh). congrats....will look forward to all your other books.
ungutanjungbiru March 10, 2009 05:12 PM PDT labyrinth memang ada kelas yang tersendiri.all novel imaen tiada tandingi
do the best 4 ever ok!!!
jengking hitam March 10, 2009 12:00 PM PDT Hai Imaen...I love ur Labyrinth..nanti saya nak cari novel Imaen yang lain pulak..berkobar-kobar nih! Saya suka cara penulisan Imaen dan saya rasa walaupun Imaen menggunakan kisah pembunuh bersiri tapi Imaen lebih menumpukan cerita watak-watak seperti Kamal, Dani, Maira dan Hanani. Tapi saya suka semua watak-watak itu. Watak Maira dan Dani dalam 'bercinta' tu agak melemaskan saya sebab bagi saya tak salah perempuan bertanya lelaki secara terus terang tentang cintanya supaya tak adalah syok sorang-sorang. Bagi saya keadaan itu tidak menyebabkan hilangnya 'malu' seorang perempuan. Lagikan Khatijah meminang Rasullah. Dan akhirnya si Maira juga sedar selagi tak beritahu isihatinya manakan si Dani tahu hal yang sebenarnya (sebab lelaki bukan ada mata 'x-ray')..saya agak SMS tu dari Mairakan? Sebab tu Dani tak jadi berhenti..heheheh..Dani tu pun satu kalau nak ikut cara Islam pun pergilah jumpa mak bapanya dulu..ini tak asyik nak tunggu je..alamat melepas ler..apapun itu salah satu pengajaran dari Novel ni..bravo Imaen!
hairi_ckw11 March 8, 2009 02:14 PM PDT salam imaen,,labyrinth mmg besh,,,thanx 4 ur tt utk bohemian n labyrinth ye,,,imaen ni mmg psycho r,,,waitin 4 ur next released~
nur kaseh March 6, 2009 02:47 PM PST Cerita best, ada iras-iras Da vinci Code, Dr. Dani dah jadi macam Robert Langdon the problem solver. Apa-apa pun saya sukakan penulis ini. Dah macam pemikir pun ada, minat lagu puisi dan hmm.... a little bit rockers rupanya.
zara February 20, 2009 05:41 PM PST Baru selesai baca Labyrinth. Tapi saya tetap kata Bohemain lebik bagus. Ada gak part dlm Labyrinth rasa tak puas hati. Kenapa Dani tak jadi nak benti kerja hanya kerana dapat SMS? Si Kamal tu, tak lah tak kesian dg si Hanani? Kahwinkan saja mereka. (Hehehe pandai2 aje mak cik ni) Salman tu tak menonjol jahat dia. Walau apa pun, tetap 1st class... I like it. Penuh dg fakta.
iza February 9, 2009 12:53 PM PST suka sangat Labyrinth...saya jinjing smpai ke Dubai...balik terus beli Bohemian :D... tahniah...
(baca sambil sempat terkenang kembali bilik2 tutorial kat fakulti ekonomi tu..sekarang dah tak wujud lagi, dah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru)
afiq January 30, 2009 04:23 PM PST labyrinth memang best sampaikan mak sedara saye yng tak minat bace novel dah beli berdozen novel
SYABAS
Cikliah October 15, 2008 03:26 PM PDT Baru habis membaca novel ini semalam. Memang menarik dan mybbkan saya ingin membaca the rest of your karya.
Cerita yang kategorikan sukar dilepaskan ie nak cepat2 habis baca tetapi tidak mahu melepaskan bait-bait indah yang dipersembahkan. Tahniah saya ucapkan. Cuma di bahagian akhir, kematian suspek sepatutnya lebih tragis... tapi mungkin kerana dia telah menderita semasa kecilnya kematiannya perlu segera dan mudah. Wallahu'alam
eila... September 29, 2008 06:53 PM PDT Baru habis baca Labyrinth awal Sept lepas waktu blk cuti di Msia... Very interesting story and penuh dgn falsafah... Kalau nak bagi yg positif, dah ramai kut yg bagi...
Cuma, ending dia macam tiba2 dan x puas dibaca... Kiranya kawal dr awal cerita, Imaen berjaya membuatkan hati gundah gelana utk tahu siapa pembunuhnya.. (even saya dah buleh agak bila tiba ada 1 part pasal donat :) ) Tp it's kinda berjanji plak yg tetiba Kamal n Dani dpt reveal the mystery...
Apa pun, 2 thumbs up, bahagian jiwangnya menyentuh naluri wanita saya, bahagian suspennya mendebarkan dan bahasanya just nice... Tak lebih, tak kurang... Teruskan berkarya, semoga Allah terus memberikan ilham...
Salam Syawal...
zafiqa September 10, 2008 05:54 PM PDT cover nmpk cm tak menarik tp bl baca br nmpk bestnya...sy baca vendetta dulu...so this is something expected from writer like you...way to go imaen...
CDV September 9, 2008 12:09 PM PDT MOGA TUHAN TERUS MEMBERIKAN ILHAM YANG BERTERUSAN....
AQiN August 28, 2008 09:21 PM PDT salam..maaf,nk komen gak kt sini..hehe..bg sy labyrinth mmg sarat dngn ilmu..4 star sy bg..tp pmbunuhnya mmg sy dh dpt agak dr awal..kurang mndebarkan,tp dr segi lain mmg best..tngh tgu bohemian..terasa diri ini bagaikn fadlan..(walaupun belum lg baca novel tu)..=)
kak anna August 24, 2008 04:07 AM PDT assalamualaikum. mula-mula akak baca, rasa mcm tak tertarik. lama buku tu tersimpan dalam rak. tapi semlm, akak baca dan kesimpulanannya, sementara menanti slot exam yang seterusnya pun akak sibuk dgn buku ni! org lain sibuk baca nota, akak sibuk dgn labyrinth! jalan cerita diadun sangat menarik=D
amisa August 6, 2008 09:43 PM PDT salam.. mula2 saya baca vendetta. best. teruja. terus cari bohemian... tambah lagi teruja..terus cari labyrinth.. agak2 bila yang baru nak keluar... saya pun nak jadi ahli pom pom jugak lah teman pink jambu!!
anip July 22, 2008 01:43 PM PDT saya rasa mcm pnah dgr psal labyrinth..tp smpai skrg saya xtau dari mana saya pnh dgr
didi July 18, 2008 12:40 AM PDT bahan bacaan yg "bijak". pnh dgn unsur ilmu tapi ttp kontemporari. gaya penulisan yg berbeza.syabas.
kakeru July 15, 2008 12:02 AM PDT Saya dah baca buku ini dan telah diulas di dalam blog saya. Awak mesti seorang yang rajin baca buku kan? Tahniah n terima kasih! Banyak yang saya pelajari daripada buku ini.
Thanks a lots,
kakeru
nunwauraa June 23, 2008 01:09 PM PDT erm...saya baru je habis baca buku ni..at first sy tertarik sbb tajuknya..then sbb jalan cerita thrillernya... penat mencari for almost 2 weeks then barulah jumpa (itupun dgn pertolongan ms kinokuniya..) sbb payahnya nak dptkn buku ni..maka setiap patah perkataan rasa cm terlalu syg utk terlepas pandang.. so..sy pun kiranya nak berkongsi pendpt.. di akhir buku ni..cara kematian salman.. terlalu mudah.. cara diakhiri kisah ini tak seperti y sy harapkan.. wlupun da di beritahu motif salman tapi effectnya tak terlalu memberi kesan.. kisah ni macam terlalu berat di permulaan cerita tapi terlalu ringan di belakang cerita.. mungkin sbb sy terlalu suka novel thriller maka sy selalu mengharapkan akhir cerita utk jadi sesuatu y dramatik...y tidak streotype atau sekurang2 semuanya di jelaskn di akhirnya..
apapun, novel ni bagus dgn fakta2.. congrat...
lilac_specky June 9, 2008 07:54 PM PDT assalamualaikum..imaen..TAHNIAH untuk awak..saya kenal awak melalui labyrinth..dan kemudian vendetta..sangat menarik dan lain dari apa yg ada di pasaran..boleh dikatakan mendidik jiwa jg la,..sampaikan my makngah yg usianya mencecah 50-an dan tidak pernah membaca novel melayu turut sama 'layan' novel awak ni...harap awak tak berhenti menulis..sy akan sokong setiap karya awak...
MARY June 6, 2008 11:19 AM PDT SMOGA TERUS SUKSES YA..
octavia May 30, 2008 12:39 AM PDT noname, really wish u good luck.. me too.. jeles jg dgn org yg pandai menulis... tp kepd saudara imaen, sy tak jeles tetp amat kagum dgn penyampaian dan idea beliau... sgt hebat! Tahniah skali lg... x sbr nak bc bohemian..
santaiselalu.blogspot.com
noname May 3, 2008 04:04 PM PDT saya terkadang cemburu dengan orang yang punyai bakat utk menulis..hehe..saya prnh cube mnls mase sekolah mngh tp sangkut d tgh jln..doakn semoga saya akan dpt mnls dgn cara saya sendiri...neway labyrinth mmg masyuukkk..
jem April 19, 2008 05:38 PM PDT labyrinth memang best. tahniah iman. Bila nak keluarkan novel baru. Tak sabar rasanya nak jdkan imaen sebagai koleksi novel yang seterusnya.
alini January 26, 2008 02:16 PM PST Assalamualiakum, i already finish read the book... from educational though it full knowledge. i love the book that your refer.. like art of war... hitler... and so on. but about the characters that you discribe... about female characters, its painful to know and read about that such of woman characters even for Maira... you said that girl nowday although be so pilite but still chat and online... that technology. for first time i read a novel that give me the bad feeling about the female characters... no doubt the book is very nice and interesting. very interesting... falling for the plot but not the player...
octavia January 17, 2008 03:37 PM PST first sy baca vendetta.. then last week baru bc labyrinth... antara noveL yg terbaik pernah sy baca (noveL b.m).. byk ilmu yg sy pelajari dr tulisan imaen.. thanks!
najua December 24, 2007 12:23 AM PST salam..labyrinth mmg bes..tapi agak kurang aksi kalau nak banding dgn vendetta..
sye ske falsafah hidup yg diselitkan dan kita manusia x boleh menghukum manusia sesuka hati
bukan hak kita
saya akan menyokong sume karya imaen..all the best
imaen December 17, 2007 08:17 PM PST Alhamdulillah, akhirnya saya bisa membaca novel Melayu lagi.Dulunya saya terpaksa menanti buku Abd Talib Hassan untuk mengembara bersama tulisannya. Kini saya akan menjadi penunggu setia bagi karya imaen.Segalanya ada dalam Labyrinth.Saya mampu mengulang baca untuk kali kedua selepas sahaja 10 minit tamat membacanya.Hebat!Sangat hebat! Tahniah!Semoga Allah mencurahkan Ilham yang berlimpah kepada tuan, agar saya tidak kedahagaan novel yang mampu menyalur ilmu secara tidak langsung. Amin.
imaen December 14, 2007 09:16 AM PST eh, suke sgt dgn Labyrinth!!! dan ya, Vendetta juga~
;>
ieyja faisal November 15, 2007 08:43 AM PST labyrinth memang best...
syabas..
adlina amani November 11, 2007 11:29 PM PST salam ...kali pertama saya pegang buku ni ,,,,belek - belek synopsis di belakang ...saya tak pikir dua kali untuk membayar harga novel labyrinth ...malam itu juga saya khatamkan setelah tiga jam duduk baring tanpa skip walau satu muka surat ....u are the best in ur own way ...semoga success slalu imaen ...
labyrinth and vendetta memang best ....all in one ...keep up the good work
-ulamRajA- October 23, 2007 04:33 PM PDT ramai betul peminat imaen....heheh
labyrinth mmg best.....vendetta pun masyuk...
teruskan berkarya....
sy akan menunggu karya kamu yg seterusnya.....
kucc September 26, 2007 01:28 PM PDT "cinta tidak boleh meruntuhkan tembok, tapi cinta boleh meruntuhkan lelaki si pembuat tembok.." tagline yg sy ingat sgt2 dlm Labyrinth...dr Vendetta sy sudah terpesona dgn Imaen...dan Labyrinth membuatkan sy terus jatuh chenta dgn Imaen...moga anda terus berkarya....
p/s: sy fikirkan Ibrahim Adham tu nama anda kerna anda menoktahkannya di laman hadapan Labyrinth sy...aduss tertipu rupa2nye...
elregina September 20, 2007 12:59 PM PDT Assalamu'alaikum
Saya mengenali nama Imaen melalui Vendetta. Vendetta best. Lain dr buku2 yg saya pernah baca. Lps baca Vendetta, saya cari lagi buku2 yg ditulis Imaen. Terjumpa Labyrinth. Tak sangka pulak Labyrinth baru keluar. Baru abis baca Labyrinth smlm. Suka gaya penulisan Imaen. Dlm setengah2 ayat yg pjg, diajar utk memahami apa maksud ayat yg pjg tu, yg akhirnya membuatkan saya tergelak sorg2 bila maksudnya diregister dlm medula oblongata. Kamal yg pandai memasak, saya pasti itulah Imaen yg sebenarnya. Saya nantikan masterpiece Imaen yg akan dtg. Kirim salam Maira ye!
Rose Harissa September 14, 2007 12:47 PM PDT sy sudah overdosed dengan Labyrinth... sukakan cara penulisan imaen... penuh gaya, ada sense of humour, kreatif, berjiwa... etc... terlalu byk pujian... jgn terbang eh? hehehe... apapun sekalung TAHNIAH... teruskan menulis kerana sy akan menyertai Pink Jambu untuk jadi pom pom girl Imaen! Hahhahaa
Hannah August 27, 2007 03:00 PM PDT salam. I am in the midst of reading ur novel.I like ur Vandetta and I am beginning to like Labyrinth. And I hope I could get more of these kinda books to indulge in.
wanAmalyn July 30, 2007 12:11 PM PDT "…dengan gaya bahasa yang penuh kreatis & puitis malah kadang-kala sinis, telah berjaya membuatkan hati aku terbuai sama mengikut rentak & irama yang dimainkan oleh penulis…" ~ copyright dr rumah *^*sEmBaNg2 PaSaL bUkU*^*
tak sabar menantikan karya terbaru... :D
nacha July 30, 2007 09:26 AM PDT Imaen, terima kasih atas coretan di buku labyrinth. tinggi betul makna coretan di buku tu. semoga ianya menyedarkan & menginsafkan sy. sy fikir Ibrahim Adham tu nama sebenar anda?
arirada July 28, 2007 01:31 PM PDT assalamualaikum...
tahniah kpd en.Imaen atas kelahiran Labyrinth. alhamdulillah, saya dah selesai habis membacanya, dan insyaAllah saya akan review dlm blog saya tak lama lagi..
kakmOn July 25, 2007 06:42 PM PDT salam tahniah dan terimakasih, kita masih mencari lorong waktu untuk menghabiskan labyrinth..
carriekirana July 25, 2007 05:34 PM PDT Saudara Imaen,
Saya secara peribadi amat menyukai cara saudara menggarap Vendetta dalam Gurindam Jiwa. Cumanya saya masih tidak berkesempatan untuk memuatkannya lagi dalam laman saya. Saya juga memang tertunggu2 kehadiran Labyrinth.
Saudara memang mempunyai bakat semulajadi. Semoga saudara lebih bersemangat untuk menerbitkan karya seterusnya.
Salam dari:
Carrie
minn adrian July 23, 2007 04:36 PM PDT assalam imaen....tahniah ye.walaupun saye x kenal siapa imaen tetapi bila baca vendetta rasa tertarik pula.selame ni saya membaca karya arenawati,aziz afkar, azizi abdullah, zainal buang hussein, ramlee awang murshid dan beberape nama lain sahaja bg penulis berbahasa melayu.
Di harap biarlah karya anda lain drpd yg ada dipasaran.saye akan tetap menyokong usaha anda...
Saye tidak memilih diantara penulis wanita atau lelaki tetapi lebih kepada karya yang berkesan kepada jiwa saye....
Tq...